Tuesday, June 16, 2009

Diabetes


APA ITU DIABETES

Diabetes terjadi apabila glukosa darah (gula)meningkat melepasi tahap normal dalam darah. Ini terjadi apabila Pankreas (sebuah organ yang terletak dibelakang perut) tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau apabila badan menjadi rintangan terhadap insulin. Insulin Ialah Horman yang mana membenarkan badan menyerap glukosa dalam darah untuk menghasilkan tenaga. Glukosa dalam darah terhasil daripada makanan yang kita makan. Seseorang yang menghidap diabetes, glukosa darahnya akan meningkat dan seseorang itu akan menjadi tidak sihat, sentiasa dahaga dan kerap membuang air kecil.

Diabetes tidak berjangkit, tidak ada risiko seseorang itu dijangkiti oleh penghidap diabetes. Penyakit diabetes tidak dapat di sembuhkan tetapi boleh di kawal dan di rawat.

JENIS JENIS DIABETES
Diabetes Jenis 1
Diabetes jenis ini biasanya hanya terdapat pada kanak kanak atau remaja sahaja dan ia disebabkan oleh kekurangan hormon insulin yang serious. Orang yang menghidap diabetes jenis 1 memerlukan suntikan insulin untuk hidup. Ini merupakan sejenis penyakit berpunca daripada sistem auto-imun dimana sistem pertahanan badan diri menyerang Pankreas dan menghapuskan keupayaan orang ini untuk menghasilkan insulin. Apa yang menyebabkan kejadian ini berlaku setakat ini belum lagi diketahui tetapi terdapat beberapa bukti yang menyatakan ianya disebabkan oleh infeksi berpunca daripada virus

Diabetes Jenis 2
Diabete jenis ini adalah disebabkan insulin tidak berfungsi dengan baik, dengan itu organ tidak berupaya menurunkan kadar glukosa darah dengan berkesan sehingga menyebabkan peningkatan kadar glukosa dalam darah. Selain daripada faktor keturuanan , penyebab lain mengapa insulin tidak berfungsi dengan baik adalah disebabkan kewujutan sel lemak yang berlebihan dalam badan (berlebihan bera badan dan obese). Diabetes jenis 2 terjadi pada orang dewasa dan berumur tetapi sekarang terdapat peningkatan kes terhadap kanak2 terutama kanak kanak remaja yang gemuk. Rawatannya adalah mengawal berat badan, pemakanan yang sihat, bersenam, pil (yang menurunkan glukosa darah) dan dalam setengah kes suntikan insulin.

Diabetes Semasa HamiL
Diabetes yang terjadi waktu mengandung digelar "Gestational Diabetes Mellitus"(GDM) dan biasanya hilang selepas bayi dilahirkan. Ia disebabkan oleh hormon semasa mengandung atau kekurangan insulin. Ujian tolarensi glukosa digunakan untuk mendiagnosis GDM.

FAKTOR RISIKO UNTUK DIABETES
Diabetes Jenis 1
Keturunan
Jangkitan Infeksi disebabkan oleh virus

Diabetes Jenis 2
Keturunan (Jenis 2 lebih dari Jenis 1)
Lebih berat badan dan obesiti
Kekurangan akativiti fizikal
Peningkatan Umur

Gestational Diabetes
Keturunan
Lebih berat badan dan obesiti

CIRI CIRI DAN SIMTON DIABETES
Selalu berasa dahaga
Kerap buang air kecil pada waktu siang dan malam
Berasa letih dan tidak bermaya
Pengurangan berat badan yang ketara
Selalu rasa lapar
Luka yang lambat sembut
Kabur penglihatan
Gatal Infeksi kulit
Cici ciri diabetes yang teruk: mual muntah, sakit abdomen, bernafas cepat, pening dan koma

KOMPLIKASI DIABETES
Kabur penglihatan membawa kepada buta
Penyakit buah pinggang
Serangan Jantung
Angin Ahmar
Penyakit Saraf
Masaalah Kaki
Koma atau hilang ingatan

Hipoglisemia
Hipoglisemia bermaksud tahap glikosa darah yang terlalu rendah (dibawah 3 mmol/L) ini terjadi apabila seseorang menyuntik terlalu banyak insulin atau makan makanan yang sedikit atau membenarnkan masa perut tanpa makanan terlalu lama selepas mengambil ubat anti-diabetes. Ia boleh juuga terjadi semasa atau selepas aktiviti fizikal yang tidak terancang. Simpton awal kejadian hipoglisemia termasuk pengsan, pening kepala, berpeluh sejuk, rasa lapar teramat sangat, peningnkepala, kabur penglihatan dan hilang kesedaran. Usaha pemulihan yang berkesan ia lah minum minuman bergula atau minuman yang manis. Injeksi intravenous glukosa atau injeksi intramuscular glucagan akan memulihkan kesedaran pesakit dengan cepat.

Hiperglisemia
Hyperglisemia bermaksud glukosa yang tinggi dalama darah. Ini terjadi biasanya apabila seseorang gagal menyuntik insulin/mengambil ubat atau makan terlalu banyak makanan. Simpton awal kejadian hiperglisemia termasuk rasa dahaga dan kerap membuang air kecil. Untuk pesakit diebetes, terdapat dua jenis spesifik hiperglisemia yang boleh terjadi ia itu fasting hiperglisemia yang didefinasikan sebagai kandungan glukosa darah yang lebih daripada 6 mmol/L selepas berpuasa sekurang kurangnya 8 jam. Post Prandial atau selepas makan hiperglisemia bermaksud kandungan glukosa darah lebih daripada 8mmol/L. Simptonnya boleh di kesan apabila tahap glukosa darah adalah lebih daripada 10 mmol/L. Pesakit boleh diberi air untuk diminum (jika berupa menelan) untuk mengeluarkan glukosa darah berlebihan melalui air kencing dan ini juga boleh mencegak dihiderasi.

Diabetes Ketoacidosis (DKA)
Apabila terdapat terlalu sedikit glukosa badan tidak dapat mengunakan glukosa untuk tenaga dan akan mengalir, membakar sel lemak untuk mendapat tenaga. Walau bagaimanapun, sel lemak tidak membakar keseluruhannya dan produk buangan ketones, bermula dihasilkan dalam badan. Ini akan membawa kepada ketoacidosis, ia itu keadaan dimana darah menjadi terlalu acidik. Biasanya apabila tahap glukosa darah menjadi tinggi, maka kandongan ketone dalam darah perlu diuji.DKA adalah keadaan yang boleh membawa maut dan perlu pemerhatian perubatan segera.

RAWATAN
Diabetes Jenis 1
Insulin
Permakanan yang seimbang dan sihat

Diabetes Jenis 2
Pemakanan yang sihat dan seimbang
Selalu bersenam
Ubat secara oral (jika pemakanan dan senaman sahaja tidak berkesan)
Insulin (bila perlu)

KAWALAN
Diabetes Jenis 1
Tiada

Diabetes Jenis 2
Pemakanan yang sihat dan seimbang
Selalu bersenam
kekalkan berat badan yang normal

PEMANTAUAN GLUKOSA DARAH SENDIRI (SMBG)
SMBG adalah alat pengukur yang berguna dalam pengurusan diabetes. Tahap glukosa darah boleh diuji sebelum atau selepas makan. Glukosa darah boleh diuji dengan cepat dan senang. Anda hanya perlu menitiskan setitik darah biasanya diambil dari hujung jari dan dititiskan pada jalur penguji. Dalam beberapa saat, keputusan glukosa di paparkan pada skirin glukometer. Glukosa darah harus dikekalkan dalam bacaan lingkungan sepergi dibawah

Puasa - 4.4 hingga 6.1 mmol/L
Tidak Puasa - 4.4 hingga 8.0 mmol/L
HbA1c - <6.5%

Ujian HbA1c menyukat glukosa yang lekat kepada hameoglobin dalam sel darah merah. Ia menunjukan berapa tinggi glukosa darah secara purata untuk tempuh 2-3 bulan yang lepas. Mereka yang mengekalkan tahap glukosa pada sasaran dengan makan secara sihat selalu bersenam dan mengambil ubat untuk diabetes seperti dipriskripkan, akan boleh mengelakan komplikasi diabetes dalam jangka masa yang panjang.

PEMAKANAN
Pengawalan pemakananadalah penting dalam rawatan diabetes. Mengikut arahan dan nasihat doktor atau ahli pemakanan mengenai pemakanan. Makanan yang patut dimakan adalah bergantung kepada berat badan anda, umur, aktiviti, pekerjaan dan tahap penyakit diabetes anda. Pemakanan haruslah seimbang, iaitu ia harus mengandungi semuanutrien yang diperlukan leh badan supaya dapat mengekalkan kesihatan dan membekalkan tenaga untuk aktiviti harian.

Pemakanan yang seimbang harus mengandungi karbohidrat (contoh: nasi, roti, ubi), protein (contoh: daging, ikan, telur, kekacang, susu), lemak (contoh: Minyak kelapa sawit, mentega) vitamin dan garam galian (contoh: buah-buahan, sayuran). Makananyang kaya dengan kaborhidrat mengandungi gula dan kanji harus diambil secara rambang. Kurangkan makan makanan yang mengandungi lemak seperti mentega, minyak kelapa, makanan yang digoreng, berlemak (kari) dan lain lain. Pesakit diabetes haus mengekalkan berat badan mereka dalam julat normal mengikut ketingian mereka. Sekiranya anda lebih berat badan, dilarang mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.

PANDUAN INI ADALAH UNTUK PENGETAHUAN SAHAJA. SILA BERUNDING DENGAN PENGAMAL KESIHATAN PROFESIONAL ANDA.

No comments:

Post a Comment