Tiga orang Ahli Jawatan Kuasa PDM Kota Tinggi yang terdiri daripada Naib Pengerusi, Kak anis dan Encik Yahya telah pergi berjumpa dengan Pengerusi persatuan ia itu Dr. Rohaya untuk mendapatkan tanda tangannya bagi beberapa urusan persatuan dan memberitahunya berhubungan dengan perjalanan menyuarat dalaman AJK yang lepas.
Juga di jelaskan kepada beliau berkenaan dengan laman Web ini kepadanya dan rancangan persatuan ini di masa masa yang akan datang seperti
- Mengadakan sebuah Bengkel masakan sihat untuk pesakit diabetes di Dapur Sihat Kampung Gambut, Tanjung Sedili dalam bulan Julai 2009 ini.
- Untuk mendapatkan sebuah Pejabat untuk kegunaan persatuan
- Menjadikan sebuah kawasan kosong berdekatan dengan sungai Johor di bandar Kota tinggi ini sebagai sahabat persatuan ini bagi mebuat Aktiviti Riadah.
- Senaman tuan
- Gotong Royong membersihkan kawasan yang di perkatakan diatas
- Saringan untuk Kaki Tangan Kerajaan di Bangunan Iskandar
- Saringan untuk orang awam di Taman Saujana pada bulan june yang akan datang ini.
Kami juga telah pergi ke pejabat YB Wakil Rakat bagi mendapatkan bantuannya. Malangnya beliau tidak ada di Pejabatnya. Kami diberitahu suruh berjumpa dengannya pada hari Jumaat ini 22hb di Dewan Jubli Intan Kota tinggi jam 4 petang.
No comments:
Post a Comment