Saturday, August 1, 2009

Aktiviti Harian


Seperti Biasa Aktiviti Gotong Royong Minguan telah diadakan pada hari Sabtu lepas ia itu pada 1hb Ogos 2009.

Persatuan ingin mengucapkan Berbanyak banyak terima kasih keada semua yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

Sila ke halaman ini jika anda hendak melihat gambar2 yang lain.

http://bengawansolo.fotopages.com

Saturday, July 18, 2009

Gotong Royong Kali ke 3


Satu lagi projek gotong royang telah di adakan dikawasan yang sama bagi membersihkan kawan tersebut pada 18hb Julai 2009. Kami ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua yang datang bagi menjayakan projek tersebut.

Tuesday, June 30, 2009

Mesyuarat AJK kali yang Kedua




Mesyuarat AJK Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Daerah Kota Tinggi Telah berlangsung semalam 30hb Jun 2009 bertempat di dewan Mutiara Hospital Kota Tinggi. Mesyuarat bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

AJK yang Hadhir ialah:
01. Dr. Rohaya Abdullah
02. Tuan Haji Zulkefle Mahmod
03. Encik Ahmad bin Sujang
04. Puan Noor Anijh Binti Shukor
05. Puan Kamisah Binta Kardi
06. Puan Zainah Binti Zainal
07. Puan Doris Jacob
08. Encik Yahya Bin Mohd Taib
09. EncikAbdullah Bin Maidu
10. Tuan Haji Noridin Bin Samian
11. Hajjah Wan Hazimah Binti Noh Soh
12. Hajjah Zainab Binti Asrani

Mesyuarat telah di Pengerusikan oleh Dr Rohaya.

Keseluruhannya mesyuarat berjalan dengan lancarnya tetapi tidak dapat mengesahkan beberapa agenda didalam mesyuarat tersebut. Ini disebabkan beberapa dokumen yang tidak lengkap dan teratur. Oleh hal yang demikian AJK akan bermesyuarat kembali didalam masa yang terdekat.

Disini kami, semua AJK dan Ahli Ahli Persatuan Diabetes Cawangan Daerah Kota tinggi Berbesar hati dan mengucapkan Tahniah Kepada Pengerusi kami ia itu Dr Rohaya Abdullah diatas kenaikan pangkat dan akan bertukar ke Pusat Kesihatan Bandar Masai pada 6hb Julai 2009 ini.

Tahniah Dr.

Saturday, June 27, 2009

Gotong Royong


Satu program gotong royong telah di adakan di taman angkat persatuan pada 27hb June 2009 bermula jama 8.00 pagi.

Friday, June 26, 2009

Pengumuman/Notice

Dimaklumkan bahawa Satu Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Diebates Daerah Kota Tinggi akan di adakan seperti yang berikut:

Tarikh : 30/06/2009
Tempat : Dewan Mutiara Hospital Kota Tinggi
Masa : 3.00 petang.

Mesyuarat ini akan di Pengerusikan sendiri oleh Dr. Rohaya Abdullah. Semua AJK Persatuan di minta Hadir. Sekian Dimaklumkan

Saturday, June 20, 2009

Hari Bapa/Father's Day

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Bapa" Kepada semua Bapa Bapa yang berada tidak kira dimana di dunia ini khasnya di Malaysia.

Wishing all Fathers a very happy Father's Day

Friday, June 19, 2009

Permohonan Taman Sebagai Anak Angkat Persatuan


Permohoan persatuan bagi mendapatkan sebuah taman ditepi sungai Jalan Kampung Kelantan berhadapan Taman Kemang Kota Tinggi tempuh hari telah di persetujui dan mendapat kelulusan dari Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi seperti surat rujukannya MDKT/16/07/ jld.07 yang bertarikh 17hb Jun 2009.

Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Daerah Kota Tinggi ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi di atas kelulusan terebut.