Friday, May 29, 2009

Sumbangan dari Persatuan Diabetes Pusat

Dimaklumkan bahawa kami telah menerima sekeping chek bernilai RM500.00 dari Ibu Pejabat di Kuala Lumpur. Sumbangan ini di berikan kepada PDM Kota Tinggi diatas penubuhan persatuan ini bagi cawangan Kota Tinggi

Thursday, May 28, 2009

Laporan Aktiviti Harian

Semalam 28hb Mei 2009, Naib Pengerusi dan Penolong Setiausaha telah pergi berjumpa dengan Tuan Pegawai Daerah Kota tinggi di Pejabat Kerajaan Sultan Iskandar Kota Tinggi pada jam 3.30 Petang. Di dalam perbincangan itu kami telah menyerahkan kertas kerja dan sebuah video kawasan taman yang persatuan ingin jadikan rakan bagi membuat aktiviti riadah. Tuan Pegawai Daerah telah bersetuju untuk kami mengadakan saringan peperiksaan darah bagi kakitangan kerajaan di bangunan itu. Tarikh dan waktu sebenarnya akan di maklumkan kelak.

Perbincangn berjalan dengan baik serta lancar dan tamat lebih kurang jam 4.00 petang.

Mesyuarat Kali Ke Dua Ahli Jawatan Kuasa




Satu Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa dalaman yang kedua telah di adakan di Bangunan Koperasi Kaki Tangan Kerajaan di Kota Tinggi Pada 27hb Mei 2009 yang lalu. Diantara yang hadir ia lah

1. Tuan Haji Zulkefle Mahmod - Naib Pengerusi
2. Encik Ahmad Sujang - Setiausaha
3. Puan Noor Anijh Mohd Shukur - Penolong Setiausaha
4. Encik Yahya Mohd Taib - Bendahari
5. Puan Khairani Razali - Ahli Jawatan Kuasa
6. Encik S. Malik Mohd Arif - Ahli Jawatan Kuasa

Mesyuarat membincangkan dan meninjau perkembangan dari perbincangan mesyuarat yang pertama. Satu kertas kerja berhubung dengan permohonan sebuah pejabat bagi kegunaan persatuan Diabetes cawangan Kota Tinggi telah siap dan akan dimajukan kepada Pegawai Daerah.

Mesyuarat juga telah membincangkan dengan panjang lebar berhubung issue senaman tua yang diura urakan itu. Selain itu issue saringan dan kewangan juga turut di bincangkan. Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan mesyuarat mesyuarat yang akan datang pada waktu malam memandangkan kebanyakan AJK bekerja di waktu Siang itupun tertakluk kepada keadaan semasa.

Sebelum bersurai mesyuarat telah bersetuju untuk menghantar dua orang wakil berjumpa dengan Pegawai Daerah Kota Tinggi pada 28hb Mei 2009 bagi menyampaikan kertas kerja dan berbincang mengenai beberapa hal dengan nya.

Thursday, May 21, 2009

Laporan Aktiviti Harian

20hb Mei 2009
Tiga orang Ahli Jawatan Kuasa PDM Kota Tinggi yang terdiri daripada Naib Pengerusi, Kak anis dan Encik Yahya telah pergi berjumpa dengan Pengerusi persatuan ia itu Dr. Rohaya untuk mendapatkan tanda tangannya bagi beberapa urusan persatuan dan memberitahunya berhubungan dengan perjalanan menyuarat dalaman AJK yang lepas.

Juga di jelaskan kepada beliau berkenaan dengan laman Web ini kepadanya dan rancangan persatuan ini di masa masa yang akan datang seperti
  1. Mengadakan sebuah Bengkel masakan sihat untuk pesakit diabetes di Dapur Sihat Kampung Gambut, Tanjung Sedili dalam bulan Julai 2009 ini.
  2. Untuk mendapatkan sebuah Pejabat untuk kegunaan persatuan
  3. Menjadikan sebuah kawasan kosong berdekatan dengan sungai Johor di bandar Kota tinggi ini sebagai sahabat persatuan ini bagi mebuat Aktiviti Riadah.
  4. Senaman tuan
  5. Gotong Royong membersihkan kawasan yang di perkatakan diatas
  6. Saringan untuk Kaki Tangan Kerajaan di Bangunan Iskandar
  7. Saringan untuk orang awam di Taman Saujana pada bulan june yang akan datang ini.

Kami juga telah pergi ke pejabat YB Wakil Rakat bagi mendapatkan bantuannya. Malangnya beliau tidak ada di Pejabatnya. Kami diberitahu suruh berjumpa dengannya pada hari Jumaat ini 22hb di Dewan Jubli Intan Kota tinggi jam 4 petang.

Tuesday, May 19, 2009

Senari Ahli Ahli Jawatan KuasaBagi tahun 2009/2010

01.  Pengerusi : Dr. Rohaya Binti Abdullah
02.  Naib Pengerusi : Encik Zulkefle Bin Mahmod
03.  Setiausaha : Encik Ahmad Bin Sujak
04.  Penolong Setiausaha : Puan Noor Anijh Bt. Md Shukor
05.  Bendahari  : Encik Yahya Bin Mohd Taib
06.  Ahli Ahli Jawatankuasa : Hj Noridin Bin Hj Samian
: S Malik Bin Mohd Arif
: Wirda Nor Binti Masrom
: Puan Wan Hazimah Bt Nik Soh
: Puan Jamaliah BintiHalid
: Puan Khairani Binti Razali
: Puan Kamisah Binti Kardi

1st Committee Meeting on 13 May 2009

Sejarah Penubuhan Persatuan

Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Kota Tinggi telah di tubuhkan pada 1hb January 2008 diatas initiatif seorang Doktor Pakar Keluarga iaitu Dr. Rohaya binti Abdullah memandangkan peningkatan penyakit ini di Malaysia khususnya di Daerah Kota tinggi amnya.

Sehubungan dengan itu pada 11hb Mei 2008 mesyuarat pertama persatuan ini telah di adakan
Welcome dan Selamat Datang ke Blog Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Kota Tinggi, Johor Darul Takzim