Tuesday, October 13, 2009
JAGUNG BAIK UNTUK FUNGSI BUAH PINGGANG
Sebuah artikel dari Majalah Mingguan Wanita Keluaran 9-15 okt 2009 yang di susun oleh Julie Roshana Akma bt Shafee dengan tajuk seperti yang di atas.
Jagung Merupakan tanaman terpenting di dunia, tanaman yang turut dikenali dengan nama Botaninya Zea Maysl ini berasal dari Amerika Tengah. Dikenali juga dengan nama Corn dan Maize. Jagung adalah tanaman pangan dunia yang terpenting selain gandum dan padi.
Jagung bukan sahaja sedap dimakan, namun ia juga sebagai sumber karbohidrat utama di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Selain dimakan, jagung juga turut digunakan tuntuk tujuan lain seperti di jadikan minyak, tepung dan antara bahan farmasi. Setiap bahagian pada jagung seperti isirung, batang buah, bulu turut mempunyai kegunaan dan khasiat ubatannya yang tersendiri.
Banyak khasiat yang boleh didapati daripada buah jagung. Ini kerana jagung kaya dengan protein, kalsium, fosforus dan zat besi dan sejenis minyak yang bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan. Jagung juga mempunyai vitamin B (thiamin, vitamin B6, niasin, riboflavin dan folat). Selain itu, jagung juga mempunyai vitamin A dan vitamin E.
Pelbagai kebaikan boleh diperoleh apabila seseorang itu memakan jagung dalam kuantiti sederhana. Jumlah serat yang tinggi dalam jagung dikatakan mampu merendahkan tahap Kolesterol dan juga mengurangkan risiko kolon kanser. Jika diambil dalam kuantiti sederhana, dikatakan jagung memberi kebaikan kepada mereka yang mengalami masalah diabetis.
Folat yang tinggi dalam jagung dikatakan mampu membantu menghasilkan sel sel baru yang amat penting terutamanya sebelum dan semasa hamil. Bagi mereka yang menderita masalah anemia, apabila memakan jagung dikatakan menunjukkan kesan positif daripadanya. Asid pantothenik yang hadir dalam jagung juga dikatakan mempu membantu dengan fungsi fisiologi tubuh. Kehadiran thiamin dalam jagung pula dikatakan mampu membantu metabolisme karbohidrat. Selain itu, jagung juga dikatakan berguna untuk membantu masalah buah pinggang termasuklah masaalah berkaitan ginjal yang tidak berfungsi dengan baik.
MERAWAT MASAALAH KENCING TERLALU KERAP
Amalan memakan jagung boleh menguatkan gigi, tulang, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandongan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Jagung dan produk jagung seperti emping, minyak, tepung dan kanji amat baik dimakan oleh mereka yang menghadapi masaalah ketika membuang air kecil seperti kencing yang tidak dapat ditahan, kencing terlalu kerap, sakit ketika kencing dan radang pundi kencing.
Kulit jagung pula berkesan untuk mengatasi mesulitan ketika membuang air kechil. Bulu jagung yang halus meransang serta melawaskan kencing, menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Caranya dengan merebus semangkuk bulu jagung bersama dua gelas air. Biarkan airnya medidih sehingga menjadi kira kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari. Kulit dan bulu jagung juga digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan bulu halus jagung itu ditumbuh halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering.
Pengambilan kerap jagung dalam kuantiti yang sederhana dikatakan berkait dengan kesihatan jantung yang baik. Betakriptoxanthin dalam jagung dikatakan baik untuk kesihatan paru paru dan dikatakan boleh membantu mencegah kanser paru paru. Serat yang boleh larut dalam jagung dikatakan baik untuk mereka yang menderita masaalah pencernaan seperti sembelit dan buasir.
Bagi mereka yang mengalami masaalah Edema, boleh lah merebus batang buah jagung (dimana isirungnya perlu dibuang terlebih dahulu) dalam periuk berisi air selama sejam. Tapis air rebusan ini dan sejukan terlebih dahulu sebelum diminum sebanyak dua hingga tiga cawan sehari sehinggalah masaalah edima itu sembuh.
RAWAT MASAALAH CIRIT BIRIT
Untuk tujuan melegakan kegatalan ringan berikutan dengan gigitan serangga , gunakan pula jagung tepung. Carnya adalah dengan mencampurkan tepung ini dengan air dan jadikan sebagi adunan yang ditampal pada kulit selama beberapa minit. Dalam kes berkaitan kegatalan yang disebabkan cacar air tambahkan tepung jagung kedalam air mandi. Berendam selama 15 minit didalam air ini dikatakan mampu mengurangkan iritasi yang disebabkan oleh penyakit ini buat sementara waktu.
Tepung jagung juga dikatakan berkesan untuk menghentikan cirit birit dalam masa beberapa jam. Caranya mudah iaitu dengan memasukkan satu hingga dua sudu teh tepung ini kedalam air sejuk yang sebelumnya telah dimasak, kemudian diminum airnya. Jika anda melancung kenegara dimana air, buah dan sayurannya boleh menyebabkan masaalah ini bawalah sedikit tepung jagung sebagai bekalan kecemasan.
Jika fungsi buah pinggang anda lemah atau berkurangan, rendam sejumlah bulu jagung didalam air mendidih. Biarkan ia direndam selama 20 minit sebelum ditapis dan diminum. Campurkan satu sudu madu dalam air ini sebelum diminum.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan jagung, namun begitu kegunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan dikemudian hari.
Petikan dari majalah Wanita
Subscribe to:
Posts (Atom)